Catatan dari belakang lensa
Santai-santai saja...
Isnin, 21 Mei 2012
Jangan bersikap gunting dalam lipatan-Dato Sri Nasir Tun Sakaran
BUDAYA BANGSA...Dato Sri Nasir(dua kiri) diiringi Abdullah Sukka(kiri) tertarik menyaksikan persembahan tarian Igal-Igal yag turut menyerikan majlis Permuafakatan Rakyat Kampung Kabogan Laut di Semporna.
GUNTING DALAM LIPATAN...Dato Sri Nasir(berdiri) memberi ingatan rakyat seharusnya tahu mengenang budi, ikhlas dan jujur serta tidak bersikap gunting dalam lipatan.
KENANGAN RAKYAT...Dato Sri Nasir(duduk tengah);Abdullah Sukka(tiga kiri);Tahir Amir(dua kiri) dan OKK Musa sabaani(kiri) mengabadikan kenangan bersama sebahagian pemimpin masyarakat sempena majlis itu di Kampong Kabogan,Semporna.
PEMIMPIN MASYARAKAT...Ketua Masyarakat Cina Bubul,Dato Chao Yan San(dua kanan);Kapitan Cina zon Bandar,Ong Hang Seng(tiga kanan) bersama sebahagian ketua-ketua kampong dan pengerusi-pengerusi JKKK sempena majlis Permuafakatan Rakyat Kampung Kabogan Laut,Semporna.
SALAM PEMIMPIN...Dato Sri Nasir(dua kiri) diiringi Abdullah Sukka(kiri)bersalaman dengan sebahagian pemimpin dan penduduk sempena majlis itu di Kampung Kabogan Laut,Semporna.
SOKONGAN PADU...Sebahagian golongan wanita dan penduduk kampung Kabogan tetap mmemberikan sokongan padu memeriahkan majlis Permuafakatan Rakyat sempena majlis itu.
(GAMBAR BAWAH)SOKONGAN RAKYAT...Sebahagian pemimpin,pejuang dan masyarakat kampung tidak ketinggalan memberikan sokongan padu sempena majlis Permuafakatan Rakyat Kampung Kabogan Laut,Semporna.
SEMPORNA: Rakyat negeri ini diingatkan tidak bersikap seperti gunting dalam lipatan dan serakah kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya membela dan membantu segenap lapisan rakyat tanpa mengira fahaman politik mahupun anutan agama dan suku bangsa.
Sehubungan itu rakyat hendaklah terus mengukuhkan peraduan kaum sambil mengamalkan konsep 1Malaysia demi kemakmuran,keamanandan kesejahteraan serta kestabilan politik negeri ini bagi kelancaran pembangunan rakyat berterusan.
Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Dato Sri Haji Nasir Tun Sakaran,berkata rakyat juga tidak seharusnya cepat melatah dan terpengaruh dengan propaganda segelintir pemimpin pembangkang yang ingin memesongkan pemikiran rakyat dan menangguk di air yang keruh untuk merobohkan kepercayaan rakyat.
Dato Sri Nasir berkata demikian sempena majlis Permuafakatan Rakyat di Kampong Kabogan,Laut di sini.
Hadirsama sempena majlis itu Pemimpin Unit Kemajuan Rakyat Dun Senallang,Haji Tahir Amir;Ketua Daerah Semporna Kawasan Senallang,OKK Haji Musa Sabaani;ADDO Haji Abdullah Sukka;Ketua Pemuda UMNO Bahagian Semporna,Mohd.Aziz Haji Jaman serta pemimpin-pemimpin masyarakat tempatan.
Nasir yang juga Timbalan Ketua Bahagian UMNO Semporna,menyelar mereka yang pernah menikmati pelbagai kemudahan termasuk jawatan dalam kerajaan sebagai kacang lupakan kulit dan tidak tahu bersyukur serta tidak berterima kasih.
Katanya,rakyat seumpama itu seperti api dalam sekam dan musuh dalam selimut kerana tidak tahu menghargai jasa dan budi kerajaan yang telah memberikan mereka jawatan dan selepas tidak berjawatan berpaling menentang kerajaan dengan pelbagai tomahan sambil menuding jari kepada pemimpin yang konon tidak pernah membantu rakyat.
Nasir berkata,sifat-sifat yang tidak terpuji seperti suka mengadu domba tidak mendapat keberkatan hidup sebaliknya akan terus berjiwa kosong,hilang pertimbangan dan sentiasa dirundung jiwa malang.
Katanya,setiap apapun perkara dan kesulitan dalam hidup hendaklah dileraikan dengan kosep permuafakatan yang mampu mencetuskan keberkatan.
Beliau menambah,tidak semua yang kita inginkan akan dapat kita capai dengan mudah sebaliknya kita hendaklah sentiasa bersabar kerana setiap kesukaran dan kesusahan ada hikmahnya.Oleh:ARSHAD HUSSIN
Ahad, 20 Mei 2012
Dato Sri Nasir Tun Sakaran terima kunjungan hormat PBTM Negeri Sabah
SALAM PBTM...Dato Sri Nasir(kiri) bersalaman dengan Pegawai Penerangan PBTM,Adrian Hj.Dullah(tiga kanan) sambil disaksikan oleh Timbalan YDP PBTM Sabah,Mershid Hj.Mohd Saleh(dua kiri);Pengarah JHEV,Mej.Mat Jiamin Medeiiesi(tiga kiri);Bendahari PBTM,Hjh Sutinah Hj.Budin dan S/U Eksekutif PBTM,Jindeh Anson(kanan) sempena kunjungan hormat itu di Pejabat MJKM Wisma Innoprise,Kota Kinabalu.
(Gambar Bawah):KENANGAN PBTM...Dato Sri Nasir (berdiri tengah) mengabadikan gambar kenangan dengan rombongan PBTM Negeri sabah sempena kunjungan itu di Pejabat Menteri,Bangunan Innoprise,Kota Kinabalu.
KOTA KINABALU: Menteri diJabatan Ketua Menteri,Dato Sri Nasir Tun Sakaran,pagi tadi telah menerima kunjungan hormat rombongan Persatuan Bekas Tentera Malaysia(PBTM) Negeri Sabah di Pejabat Menteri,Bangunan Wisma Innoprise.
Rombongan seramai enam orang itu diketua Timbalan Yang DiPertua PBTM Negeri Sabah,Mershid Hj.Mohd Saleh dan disertai bersama Pengarah Jabatan Hal Ehwal Vetren(JHEV),Mej.Mat Jiamin Medellesi;Naib II YDP PBTM Negeri Sabah,Hj.Mohd.Rahim Abdullah;Setiausaha Eksekutif PBTM Sabah,Hj.Jindeh Anson;Bendahari PBTM Sabah,Hjh.Sutinah Hj.Budin dan Pegawai Penerangan PBTM Sabah,Adrin Hj.Dullah.
Sempena kunjungan itu Dato Sri Nasir mendengar taklimat ringkas mengenai perkembangan terkini dan aktiviti PBTM Negeri Sabah sepanjang tahun.Oleh:ARSHAD HUSSIN
Label:
berita dan gambar
| Reaksi: |
Pelihara Kesucian Al-Qur'an-Dato Sri Nasir Tun Sakaran
JOHAN QARIAH...Tun Juhar Mahiruddin(tiga kiri) diringi Datuk Seri Panglima Yahya Hussin (tiga kanan);Dato Sri Nasir (dua kiri) dan Datuk Amri (kiri) menyampaikan hadiah Johan Qariah MTQ Peringkat Negeri Sabah 1433H/2012M di Kota Kinabalu.
PESERTA TERBAIK...TYT Tun Juhar Mahiruddin(dua kiri) diringi Dato Sri Nasir(kiri) dan Datuk SP Yahya (dua kanan) menyampaikan hadiah Peserta Terbaik MTQ Peringkat Negeri Sabah 1433H/2012M kepada Mohd.Rafi Gharil Abas (kanan) sempena majlis itu di Kota Kinabalu.
(Gambar Bawah):JOHAN QARIAH MTQ...TYT Tun Juhar Mahiruddin(tiga kiri) diringi Datuk Seri Panglima Yahya (tiga kanan);Dato Sri Nasir Sakaran (dua kiri) dan Datuk Amri (kiri) menyampaikan hadiah iringan Johan Qariah MTQ Peringat Negeri Sabah 1433H/2012M berupa replika Cek kepada Nur Fatin Izzati Rablin(dua kanan) sempena majlis itu di Wisma MUIS,Kota Kinabalu
KOTA KINABALU: Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Dato Sri Nasir Tun Sakaran,mengingatkan umat Islam sentiasa memastikan kesucian Al-Qur’an sebagai Kalamullah tidak dicetak sewenang-wenangnya pada benda-benda yang boleh mencemarkan kesuciannya.
Katanya, ini termasuklah penulisan dan percetakan seperti pada kad ucapan,kad jemputan,poster dan kain rentang.
Nasir menjelaskan, ini kerana item berkenaan biasanya akan dibuang atau dimusnahkan secara tidak sempurna selepas sesuatu majlis dan perbuatan itu secara tidak langsung boleh dianggap mencemarkan kesucian ayat-ayat Al-Qur’an.
Beliau yang juga Menteri bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal Agama Islam,menyeru umat Islam lebih peka akan perbuatan seumpama itu dan menghindarinya demi menjaga kesucian kitab Al-Qur’an.
Nasir berkata,percetakan dan penerbitan bahan bercetak yang menggunakan kalimat,frasa dan ayat-ayat Al-Qur’an dapat dilakukan dengan berhati-hati supaya tidak mencemarkan kesucian Al-Qur’an selaras dengan Akta Kesalahan Kesucian Penerbitan Teks Al-Qur’an bagi mengawal kesucian Al-Qur’an.
Nasir berkata demikian sempena majlis penutupan dan penangguhan Majlis Tilawah Al-Qur’an (MTQ)Peringkat Negeri Sabah 1433H/2012M.
Majlis itu telah disempurnakan oleh TYT Tun Juhar Mahiruddin dan dihadirisama isteri TYT,Toh Puan Hajah Norlidah Datuk RM Jasni;Wakil Ketua Menteri,Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin dan Isteri,Datin Hjh Jouyah Mohd.yunin,Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah,Datuk Seri Panglima Mohd.Salleh Tun Said dan isteri,Datin Seri Panglima Datuk Hjh Raya Erom,Isteri Dato Sri Nasir,Datin Sri Hjh Rukiah Badar,Pengerusi MUIS,Datuk Ustaz Suhaili Said dan isteri;Pengerusi SEDCO,Datuk Mohd.Ariffin Mohd Arif dan ketua-ketua,kakitangan kerajaan negeri dan persekutuan.
Sempena majlis itu Mohd.Rafi Gharil Abas telah diumumkan sebagai Johan bahagian Qari dan Cik Nur Fatin Izzati Rablin johan bahagian qariah dan masing-masing
menerima sebuah trofi;Wang tunai RM5,000.;tajaan menunaikan Fardhu Haji dan hadiah iringan.
Tempat kedua bahagian qari disandang Syariansyah Apin dan tempat ketiga dimenangi Haji Abdullah Wahid.
Bahagian qariah pula tempat kedua disandang Sofiah Mausin dan ketiga Puan Jalimah Muhammad.
Sementara itu Mohd.Rafi Gharil Abas dipilih sebagai johan keseluruhan MTQ Negeri Sabah menerima sebuah trofi dan wang tunai.Oleh:ARSHAD HUSSIN
Rabu, 16 Mei 2012
MTQ Usaha berterusan menggalak dan membudaya membaca Al-Qur’an-Dato Sri Nasir Tun Sakaran
LULUS TAPISAN MTQ...Dato Sri Nasir (dua kiri) diringi Datuk Amri (kiri) dan Hj.Ahmad Zaki Arsad(dua kanan) menyampaikan hadiah penghargaan kepada peserta qariah,Nur Fatin Izzati Rablin(kanan) sempena majlis itu di Dewan Saadah,Wisma MUIS
DENGAN RASMINYA...Dato Sri Nasir(tengah) diringi Datuk Amri A.Suratman(dua kiri);Haji Zaki Arsad(dua kanan) dan Ustaz Sakaria Semelah(kanan) sempena merasmi dan melancarkan Pameran Minggu Semarak Al-Qur'an sempena MTQ 1433H/2012M Peringkat Negeri Sabah di Wisma MUIS
PRODUK MAKANAN...Dato Sri Nasir(dua kanan) diringi Datuk Amri A.Suratman(kanan) dan Ustaz Sakaria Semelah (tengah) berbual mesra dengan salah seorang pengusaha makanan ringan daripada Daerah Papar (dua kiri) sempena tinjuan pameran itu di Wisma MUIS
REPLIKA PEDANG...Dato Sri Nasir(kanan) bersama Datuk Amri A.Suratman(dua kanan) tertarik dengan replika pedang kerdil keluaran SIRIM sambil diberikan penjelasan oleh Pengurus Besar SIRIM,Haji Khairan Untoh (dua kiri) sempena melawat gerai Pameran MTQ Peringkat Negeri di Wisma MUIS.
PRODUK KUIH UMS-LINKS...Dato Sri Nasir(kiri) diringi Datuk Amri (tiga kanan) dan Haji Rumaling Epit(kiri Nasir)semasa meninjau gerai pameran UMS-Links di Wisma MUIS
TANDA KENANGAN...Dato Sri Nasir(kiri) menerima cenderakenangan disampaikan Pegawai KDN,Puan Jamilah Kassim(kanan) sempena melawat gerai pameran Kementerian Keselamatan Dalam Negeri di Wisma MUIS.
BAHAN TAHANAN KDN...Dato Sri Nasir(dua kanan) diringi Datuk Amri(tiga kanan) dan Haji Rumaling Epit(kanan) diberikan taklimat ringkas oleh Pegawai KDN,Puan Jamilah Kassim (dua kiri)semasa meninjau gerai pameran KDN di Wisma MUIS.
ALBUM MTQ...Dato Sri Nasir(dua kanan) diringi Datuk Amri (kanan) tertarik melihat album kenangan MTQ tahun lepas yang turut dipamerkan sempena pameran itu di Wisma MUIS
GAMBAR BAWAH); TAHNIAH LULUS TAPISAN....Dato Sri Nasir(kiri) menyampaikan hadiah penghargaan lulus tapisan MTQ 1433H/2012M kepada Haji Abdullah Abd.Wahid(kanan) sempena majlis itu di Dewan Saadah Wisma MUIS
KOTA KINABALU: Majlis tilawah Al-Quran yang diadakan setiap tahun merupakan usaha berterusan kerajaan dalam menggalak dan membudayakan minat membaca al-Quran dalam kalangan masyarakat Islam.
Selain itu Ia juga bertujuan mencungkil bakat dan keupayaan para qari dan qariah bertarannum mengikut kaedah dan disiplin qiraat Al-Quran yang betul seterusnya bertujuan untuk memilih wakil qari dan qariah yang akan mewakili negeri Sabah di peringkat kebangsaan.
Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Tilawah Al-Qur’an 1433H/2012M Peringkat Negeri,Dato Sri Haji Nasir Tun Sakaran, mengucapkan syabas dan tahniah kepada para peserta MTQ yang telah memperlihatkan kesungguhan masing-masing untuk sampai ke peringkat negeri selepas melalui Tapisan MTQ.
Katanya, Inilah semangat yang kita inginkan dan perlu disuburkan lagi dalam mengangkat keagungan Al-Quran yang seharusnya dihidupkan melalui majlis ilmu sepanjang masa.
Ujarnya lagi,hendaknya membaca Al-Quran ini tidak menjadi santapan minda dan rohani di masjid dan surau semata-mata sebaliknya turut dibaca di rumah dan pejabat pada setiap kelapangan masa yang ada. InsyaAllah, umat Islam akan diberikan hidayah dan kekuatan untuk menjadi ummah yang bersatu padu.
Dato Sri Nasir yang juga Menteri DiJabatan Ketua Menteri,berkata demikian sempena majlis Pelancaran Pameran Sempena Majlis Tilawah Al-Qur’an 1433H/2012 Peringkat Negeri Sabah dan penyampaian hadiah keputusan Tapisan MTQ serta pertandingan menulis Khat Al-Qur’an.
Hadirsama sempena majlis itu,Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah,Datuk Haji Amri A.Suratman, Mufti Kerajaan Negeri Sabah,Sahibus Samahah Datuk Haji Ahmad Alawai Adenan,Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Cawangan Sabah(JAKIM), Haji Ahmad Zaki Haji Arsad dan Ahli-ahli Jawatankuasa Induk dan pelaksana MTQ Peringkat Negeri.
Seramai 10 orang peserta layak menyertai MTQ Peringkat Akhir dan mereka terdiri daripada lima orang Qari dan 5 orang Qariah daripada pemenang Sandakan;Semporna;Kota Kinabalu;Beaufort;Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah(JPA) dan Kelas Tahsin.
Peserta Qari itu ialah Mohd.Rafi Jalil (Tahsin);Abdullah Wahid (Semporna);Mohd.Syarianshah Afin(Sandakan);Saidin Arapa (Kota Kinabalu) dan Abd.Basith Harisah(Tawau) sementara peserta Qariah pula Nur Fatin Izzati Rablin(Tahsin);Hajah Halimah Jalinah Mohammad(Beaufort);Sharifah Raini Sh.Dokin (JPA) dan Saadiah Johan (Semporna).
Nasir berkata, cabaran yang bakal diharungi oleh para peserta adalah dengan mempastikan agar bacaan diperelokkan dalam aspek suara, tajwid, fasahah, persembahan dan seni lagu Al-Quran kerana sesungguhnya, galakan membaca Al-Quran dengan suara yang merdu adalah dianjurkan oleh Rasulullah SAW.
Nasir menegaskan,bacaan Al-Quran dengan baik dan mengikut tajwid, fasahah, dan tarannum yang betul mampu menarik hati yang lalai.
Beliau menambah, tokoh besar dalam bacaan Al-Quran iaitu Sheikh Mahmud Khalil al-Husari pernah mengalunkan bacaan Al-Quran di beberapa negara bukan Islam seperti Amerika dan Eropah,seusai beliau membaca Al-Quran dengan suaranya yang merdu dan unik, beberapa orang mengucap syahadah di hadapannya. Ini menunjukkan bahawa bacaan yang baik dengan suara yang merdu boleh melunakkan hati yang keras dan berupaya menjadi salah satu pendekatan dakwah yang berkesan.
Sempena majlis itu juga,Dato Sri Nasir meninjau dan melawat gerai-gerai pameran pelbagai produk daripada syarikat tempatan; Pertubuhan Bukan Kerajaan (Ngo);Agensi-agensi kerajaan negeri dan persekutuan serta pengeluar-pengeluar produk makanan;bahan bacaan dan keperluan asas serta pakaian.
Majlis penangguhan dan penyampaian hadiah MTQ 1433H/2012M peringkat akhir disempurnakan oleh TYT Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Mahiruddin dan dihadiri sama isteri TYT,Toh Puan Datin Seri Panglima Hajah Norlidah Datuk RM Jasni.Oleh:ARSHAD HUSSIN
Selasa, 15 Mei 2012
Jangan laksana projek sambil lewa-Dato Sri Nasir Tun Sakaran
LAYAN RAKYAT...Dato Sri Nasir (duduk tengah) diringi AJK Pemuda,Abd Malik Tahir (berdiri kiri) melayan sebahagian rakyat sempena majlis penyampaian surat tawaran projek peruntukan ADUN Senallang di Semporna.
UNTUK KOMPONEN BN...Dato Sri Nasir (tiga kiri) diiringi Pemimpin UPKR Senallang,Tahir Amir(tiga kanan),OKK Musa Sabaani(dua kiri) dan Kapitan Ong Hang Seng (kiri) menyampaikan waran projek kecil kepada wakil MCA Semporna,Encik Teo (kanan) sempena majlis itu di pejabat DUN Senallang,Semporna.
TELITI SURAT TAWARAN...Salah seorang penerima Surat Tawaran Kerja projek kecil peruntukan ADUN Senallang,Encik Teddy (gambar) sedang membaca dan meneliti butiran surat tawaran yang diterinya sempena majlis itu di Semporna.
SURAT TAWARAN...Dato Sri Nasir (tiga kiri) diringi Tahir Amir(tiga kanan);OKK Musa Sabaani (dua kiri) dan Kapitan Ong Hang Seng (kiri) menyampaikan surat tawaran projek kepada salah seorang pemimpin wanita sempena majlis itu di Semporna.
PEJUANG BANGSA...Dato Sri Nasir (tengah) beramah mesra dan bersalaman dengan sebahagian ketua-ketua masyarakat yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin masyarakat Dun Sulabayan dan Dun Bugaya sempena majlis penyampaian bantuan projek-projek peruntukan ADUN Senallang di Semporna.
LAYAN MESRA...Dato Sri Nasir(dua kiri) diringi Tahir Amir(tengah) memperkatakan sesuatu mengenai dokumen sambil melayan sebahagian pemimpin masyarakat sempena majlis penyampaian surat tawaran kerja projek-projek kecil peruntukan ADUN Senallang di Semporna.
(GAMBAR BAWAH):LAKSANA SEBAIKNYA...Dato Sri Nasir (tiga kiri) diringi Haji Tahir Amir (tiga kanan);OKK Musa Sabaani(dua kiri);Kapitan Ong Hang Seng(kiri) dan Zainal jalaludin(dua kanan) menyampaikan waran projek kepada salah seorang penerima sempena majlis itu di Semporna.
SEMPORNA: Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Dato Sri Nasir Tun Sakaran mengingatkan penerima-penerima Surat Tawaran Projek tidak sambil lewa sebaliknya melaksana projek tersebut dengan penuh amanah dan tanggungjawab serta menyiapkannya seperti yang dijadualkan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.
Katanya,penerima-penerima surat tawaran itu hanya pemegang amanah sebagai pelaksana projek dan projek tersebut sebenarnya untuk kepentingan masyarakat.
Menurutnya lagi,semua projek yang telah siap dilaksanakan akan dipantau dan dijadikan bahan bukti sebagai projek yang telah siap dilaksanakan dengan baik oleh pelaksana yang diamanahkan.
Nasir menjelaskan, kerajaan Barisan Nasional sentiasa prihatin menyediakan pelbagai prasarana dan pembangunan untuk kemudahan rakyat namun,tanpa kerjasama semua pihak terutamanya pelaksana projek yang tidak melaksanakan tanggungjawab dengan jujur dan amanah ianya tidak akan dapat mencapai matlamat yang disasarkan.
Dato Sri Nasir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Senallang berkata demikian sempena majlis penyampaian Surat Tawaran Projek dibawah projek-projek kecil peruntukan Adun kepada lebih 40 orang penerima yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin masyarakat kawasan Dun Bugaya & Sulabayan serta parti komponen BN di Pejabat DUN Senallang.
Hadirsama sempena majlis itu Pemimpin Unit Kemajuan Rakyat Dun Senallang,Haji Tahir Amir;Ketua Daerah Semporna,OKK Haji Musa Sabaani;Ketua Masyarakat Cina Zon Bandar,Kapitan Ong Hang Seng;Ketua Anak Negeri,Osman Abdullah dan Pegawai Perhubungan Dun Senallang,Haji Zainal Jalaludin.
Projek-projek kecil itu melibatkan projek pembaikan rumah,jambatan,surau dan jalan-jalan kampung
Nasir berkata,sejak Barisan Nasional (BN) memerintah negeri ini telah banyak pembangunan disalurkan ke kawasan-kawasan luar bandar termasuklah pembangunan infrastruktur,kemudahan asas serta prasarana pendidikan;kesihatan;keselamatan disamping pelbagai bantuan untuk rakyat golongan miskin yakni PPRT/KIRT.
Sehubungan itu rakyat hendaklah bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan yang selama ini benar-benar berjuang membela nasib rakyat sambil mengubah sikap dan membuka minda memanfaatkan bantuan yang diberikan kerajaan sebagai batu asas melonjakkan tahap kehidupan yang lebih baik dengan terus berusaha meningkatkan ekonomi keluarga untuk membebaskan diri daripada belenggu kemiskinan.Oleh:Arshad Hussin
Khamis, 10 Mei 2012
Hasil laut penjana rezeki penduduk-Dato Sri Nasir Tun Sakaran
HASIL LAUT...Ikan pari tokka lebih dikenali Kiampaw turut dijual di gerai kakilima rumah penduduk di sepanjang jambatan Bangau-Bangau.
(Gambar bawah:)PRODUK LAUT...Jeruk sotong botol dan ikan tongkol dan kurisi goreng juga mudah didapati di gerai berhampiran beranda rumah penduduk di sepanjang jambatan Bangau-Bangau.
DAERAH Semporna yang terkenal dengan pulau-pulau yang indah dan dasar laut yang cantik juga terkenal dengan hasil laut yang mampu menjana sumber rezeki kepada penduduknya terutama golongan nelayan laut dalam dan nelayan pantai.
Sumber makanan laut dari sepesis kerang sehinggalah pelbagai sepsis ikan memang mudah didapati dan dijual di pasar ikan mahupun gerai kecil-kecilan di tepi jalanan.
Baru-baru ini ketika mengikuti rombongan Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Dato Sri Nasir Tun Sakaran dalam program Ziarah Rakyat yang berkonsepkan “Street Walk” kami sempat merakamkan beberapa buah gerai ikan tepi jambatan berhampiran kediaman penduduk Kampung Bangau-Bangau.
Di sepanjang jambatan kelihatan banyak gerai-gerai kecil menjual pelbagai juadah,sayuran dan ikan basah serta ikan kering.
Menurut penduduk di situ,kebanyakan ikan yang dijual adalah hasil tangkapan mereka sendiri dan dijual kepada penduduk setempat dengan harga yang cukup berpatutan.
Dato Sri Nasir yang juga Adun Kawasan Senallang merangkap Timbalan Ketua Bahagian UMNO Semporna,menyarankan penduduk berusaha lebih gigih meningkat taraf hidup keluarga dan sentiasa menjaga kesihatan serta memberikan pendidikan kepada anak-anak mereka.
Selain itu beliau juga menasihatkan penduduk tidak menggunakan bahan-bahan terlarang untuk menangkap ikan sebaliknya menggunakan kaedah yang lebih selamat dan tidak merosakkan habitat dasar laut.
Sempena kunjungan itu Dato Sri Nasir diringi Pemimpin UPKR Dun Senallang,Haji Tahir Amir dan Penolong Pegawai Pembangunan Daerah (ADDO),Haji Abdullah Sukka serta pemimpin-pemimpin tempatan.Oleh:ARSHAD HUSSIN
Selasa, 8 Mei 2012
Sentiasa turun padang dengar sendiri keluh kesah rakyat-Dato Sri Nasir:
JUALAN IKAN...Dato Sri Nasir (dua kanan) diringi Panglima Juak Borneo (kanan);ADDO Abdullah Sukka (kiri) tertarik dengan pelbagai jenis ikan laut yang dijual dikakilima salah seorang penduduk Kampung bangau-Bangau,Semporna.
ZIARAH RAKYAT...Dato Sri Nasir (dua kiri) diringi tahir Amir(tengah belakang) Panglima Juak Borneo (kiri) Ustaz Kasilahati (kanan) sempena lawatan ke Kampung Bangau-Bangau,Semporna.
MESRA PEMIMPIN...Dato Sri Nasir (kanan) berbual mesra dengan penduduk dan warga tua semasa melakukan ziarah rakyat di Kampung bangau-Bangau,Semporna.
APA KHABAR...Dato Sri Nasir (dua kiri) bersalaman dengan sebahagian penduduk semasa tinjauan dan ziarah rakat di Kampung Bangau-Bangau,Semporna.
KASEH PEMIMPIN...Dato Sri (kanan) bersalaman dengan sebahagian kariah masjid sempena Ziarah Rakyat Kampung Bangau-Bangau
KELUHAN RAKYAT...Dato Sri Nasir(tengah) bersalaman dan mendengar keluhan salah seorang penduduk sempena lawatan itu di Semporna.
KUNJUNGAN RAKYAT...Dato Sri Nasir(duduk dua kanan) menunjukkan dokumen yang dikemukakan sebahagian rakyat sempena Hari Bertemu Rakyat di Pejabat DUN Senallang.Turut kelihatan Ketua Daerah,OKK Haji Musa (kiri) dan Pemimpin UPKR SenallangmHaji Tahir Amir (duduk kanan) sempena majlis itu.
(GAMBAR BAWAH):SUMBANGAN PRIBADI...Dato Sri Nasir(tengah) menghulurkan sumbangan pribadi kepada salah seorang mangsa kebakaran di kampung Kubang Pinang,Semporna
SEMPORNA: Tanpa keamanan rakyat tidak akan dapat menikmati kehidupan yang sejahtera sebaliknya akan sentiasa hidup dalam kebimbangan seperti apa yang dihadapi rakyat di negara-negara yang bergolak akibat perpecahan kaum dan huru-hara.
Disamping itu pengekalan semangat bersatupadu juga mampu menjana keamanan,kemakmuran dan keselamatan serta kestabilan politik bagi kelancaran pembangunan yang disalurkan kerajaan ke setiap kampung semata-mata untuk membela nasib rakyat marhaen.
Sehubungan itu setiap pemimpin yang telah diberikan mandat dan tanggungjawab juga perlu sentiasa turun padang mendekati rakyat dan mendengar sendiri keluh kesah rakyat marhaen diperingkat akar umbi berlandaskan kosep semangat 1Malaysia dan tidak hanya dilakukan bermusim malah ianya perlu diteruskan dari masa kemasa.
Pendekatan seumpama itu bukan sahaja mampu mengeratkan hubungan baik antara pemimpin dengan rakyat malah ianya dapat mengeratkan lagi hubungan antara rakyat dan pemimpin dimana ianya sangat dinantikan penduduk-penduduk kampung bagi menzahirkan pelbagai masalah dan kemajuan sesebuah kampung untuk diambil tindakan segera.
Berteraskan konsep Ziarah Rakyat dengan semangat kepimpinan menyayangi rakyat, Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Dato Sri Nasir Tun Sakaran,baru-baru ini meneruskan misi Tradisi Membela Rakyat mengadakan lawatan ke beberapa buah kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Senallang,Semporna.
Sempena kunjungan itu Nasir menyarankan rakyat terus mengekalkan perpaduan serta saling bekerjasama membangunkan kampung serta mengamalkan ajaran agama sebagai pemangkin kea rah kesejahteraan hidup selaku umat yang taat kepada perintah agama.
Nasir berkata,Perdana Menteri,Dato Seri Mohd Najib Tun Razak serta pucuk kepimpinan kerajaan pusat dan pucuk pimpinan negeri yang diketuai Ketua Menteri Sabah,Datuk Seri Panglima Musa Aman,sentiasa berusaha membela nasib rakyat dan mempastikan semua rakyat menikmati pembangunan yang setara disamping terus berjuang merealisasikan Tradisi Membela Rakyat.
Nasir menambah, Perdana Menteri juga selama ini telah berusaha mengelakkan supaya apa yang berlaku di Negara-negara yang bergolak tidak akan berlaku di Negara ini supaya rakyat Negara ini terus menikmati kehidupan yang aman dan makmur serta hidup bersatupadu sesama kaum berlandaskan konsep 1Malaysia.
Katanya, rakyat negari ini juga seharusnya sentiasa prihatin dan sentiasa menginsafi diri dengan apa yang berlaku di negara-negara yang sering bergolak dimana rakyatnya sentiasa di dalam ketakutan dan tidak tenteram.
Selain toleransi kaum,rakyat juga seharusnya menghormati fahaman agama sukukaum lain tanpa menimbulkan provokasi yang tidak menguntungkan sesiapapun sebaliknya harus menjunjung rukun negara yang berteraskan kepercayaan beragama serta kesetiaan kepada raja dan Negara disamping menghormati kedaulatan undang-undang dan mengamalkan kesopanan serta kesusilaan.
Nikmat kemajuan pembangunan seiring dengan keamanan,keselamatan dan kemakmuran hidup yang dikecapi hari ini adalah rentetan daripada kesan perjuangan para pemimpin yang ikhlas berjuang membela nasib rakyat.
Tanpa perjuangan itu sudah pasti apa yang dinikmati hari ini tidak akan terzahir malah ianya akan memeritkan kehidupan seperti apa yang berlaku di negara-negara dunia yang bertelagah sesama kaum dan sesama bangsa.
Nasir berkata,rakyat juga perlu sentiasa menghayati sejarah kehidupan yang telah dilalui sebelum menikmati kehidupan yang serba mewah hari ini tanpa menafikan perjuangan pemimpin yang telah berkorban nyawa,masa dan harta benda semata-mata demi mempertahankan kedaulatan bangsa dan mencapai kemerdekaan.Oleh:ARSHAD HUSSIN
Jumaat, 4 Mei 2012
Paduka Mat Salleh tidak mati,semangatnya tetap masih berkobar ditiap hati kita...
Tak perlu lagi ada sesal kesal kerana engkau yang memusnahkan impian itu dulu.Seandainya ikatan itu mampu kita kukuhkan bak Gunung Kinabalu yang berdiri megah menjadi lambang Malaysia Jaya pasti tiada keluh kesah bersinagong kata menuding sesama sendiri di sini...apa lagi upaya kita kerana keegoan bertatah mutiara serakah telah melebarkan ruang, menidakkan hak anak-anak pribumi. Kepadamu duhai putera dan puteri Darussyahadah tiupkan semangat Paduka Mohammad Salleh Datu Balu bersatu dengan kudrat Kamunta,Timus,Langkap dan Pak Musa,suburkan semangat Antenom,kita bina kembali landasan perjuangan demi menegakkan kebenaran yang dinafikan petualang bersilang...biar lebur jasad ke bumi,namun semangat tak akan rontok!...Catatan:R.Syad Hussin Tugu Peringatan Paduka Mohammad Salleh di Tambunan
Kerajaan yang baik sentiasa sayangi rakyatnya-Dato Sri Nasir Tun Sakaran
TANDA KASIH ...Dato Sri Nasir (dua kiri) diringi Pegawai daerah,A.M.Ibnu A.K.Baba (kiri),Pemimpin UPKR Sulabayan,Haji Fadzil Sapal (tiga kiri) dan Ketua Daerah OKK Musa (empat kiri) menyampaikan replika cek dan baucer tunai kepada salah seorang penerima sempena majlis penyerahan bantuan BR1M Kawasan Parlimen Semporna di Dewan Masyarakat Semporna.
PRIHATN KASIH...Dato Sri Nasir (kiri) diringi A.M.Ibnu (kiri belakang) dan Tahir Amir(dua kiri belakang) mendengar keluhan salah seorang warga tua kurang upaya yang turut menerima bantuan BR1M di Dewan Masyarakat Semporna.
SABAR MENANTI...Sebahagian warga tua dan penerima BR1M menunggu giliran menunaikan baucer bayaran BR1M ke kaunter Bank Bergerak di Dewan Masyarakat Semporna.
SABAR MENUNGGU...Sebahagian Penerima BR1M kawasan Parlimen Semporna sabar menunggu giliran sempena majlis penyerahan bantuan itu di Dewan Masyarakat Semporna.
SALAM MESRA...Dato Sri Nasir (dua kanan) diringi Pemimpin UPKR Senallang,Haji Tahir Amir(tengah);OKK Musa Sabaani;KAN Osman Abdullah dan CDO Roslan Jalaludin bersalaman dengan salah seorang warga tua (kiri) sempena majlis penyampaian BR1M Kawasan Parlimen Semporna di Dewan Masyarakat Semporna.
(GAMBAR BAWAH):TETAP BERSABAR...Sebahagian warga tua dan penerima bantuan BR1M Kawasan Parlimen Semporna menunggu giliran menerima bantua itu di Dewan masyarakat Semporna.
SEMPORNA: Kerajaan yang baik dan berwawasan sentiasa menyayangi rakyatnya dengan menyalurkan pelbagai bantuan dan pembangunan serta membela nasib rakyat,bangsa,agama dan tidak mengajak rakyatnya melakukan kerosakan di muka bumi ini.
Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Dato Sri Nasir Tun Sakaran,berkata selama ini kerajaan di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi kuat parti UMNO tidak mengajak rakyat melakukan perbuatan yang boleh merugikan negara sebaliknya terus mentadbir dan membangunkan negara ini berlandaskan konsep 1Malaysia dan menerapkan nilai-nilai murni perpaduan ummah sejagat.
Katanya,generasi muda yang sebilangan besarnya terdiri daripada belia,pelajar-pelajar sekolah dan IPTA sepatutnya disayangi dan diberikan didikan yang baik kerana mereka sebagai pelapis kepimpinan masa depan negara dan bukannya diajar dengan perbuatan yang boleh merosakkan pemikiran serta membenci kerajaan.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Senallang,berkata demikian sempena merasmikan majlis penyampaian dan penyerahan baucer Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kawasan Parlimen P.189 Semporna kepada 1,050 orang penerima di Dewan Masyarakat Semporna.
Hadirsama sempena majlis itu,Pegawai daerah Semporna,A.M.Ibnu A.K.Baba;Pemimpin Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat Dun Senallang,Haji tahir Amir,Pemimpin UPKR Dun Sulabayan,Haji Fadzil Haji Sapal;Ketua Daerah Semporna,Haji Musa Sabaani;Penolong Pegawai Pembangunan Daerah (ADD),Haji Abdullah Sukka dan AJK Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Semporna,Abd.Nalik Tahir serta kakitangan UPKR Senallang,Bugaya dan Sulabayan.
Nasir berkata, melibatkan anak-anak muda terutamanya kanak-kanak dan pelajar-pelajar sekolah di perhimpunan jalanan boleh menimbulkan persepsi yang tidak baik kepada keharmonian hidup,keamanan,kemakmuran dan keselamatan yang dinikmati sejak negara ini mencapai kemerdekaan.
Nasir menambah, negara ini yang dikenali di mata dunia sebagai sebuah negara yang memiliki pelbagai sukukaum serta hidup dalam keadaan muhibbah dan harmoni kaum disamping memiliki kebudayaan yang menjadi tarikan utama pelancong luar negara dan dicemburui negara-negara di dunia kerana Malaysia memiliki pelbagai keistimewaaan akan tercemar dan rosak akibat perbuatan tidak bertanggungjawab segelintir rakyat mau menjatuhkan maruah negara.
Sehubungan itu,Nasir mengingatkan rakyat negeri ini sentiasa berwaspada sambil mengukuhkan perpaduan kaum yang sedia terjalin erat berlandaskan gagasan konsep 1Malaysia dan tidak terpengaruh dengan dakyah maupun propaganda yang cuba menganggu gugat keamanan negara ini.Oleh:ARSHAD HUSSIN
Isnin, 30 April 2012
Dato Sri Nasir Tun Sakaran ziarah pusara Haji Awang Damit
SEMOGA DIRAHMATI...Dato Sri Nasir (dua kanan) diringi Cik Daud Hj Awang(kanan) dan sebahagian pemimpin tempatan menjirus air mawar ke atas pusara almarhum Hj.Awang Damit di tanah perkuburan Kampung Bangau-Bangau Semporna.
(GAMBAR BAWAH): KENDURI TUJUH...Dato Sri Nasir (duduk tiga kiri) bersama sebahagian pemimpin dan masyarakat Islam turut berdoa sempena majlis khenduri tujuh dan tahlil untuk Allahyarham Haji Awang Damit di Kampung Bangau-Bangau,Semporna.
SEMPORNA: Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Dato Sri Nasir Tun Sakaran,telah menghadiri majlis khenduri tujuh dan menziarahi pusara allahyarham Haji Awang Damit di tanah perkuburan masyarakat Islam Kampung Bangau-Bangau,Semporna.
Hadirsama sempena majlis itu Pemimpin Unit Kemajuan Rakyat Kawasan Senallang,Haji Tahir Amir;Ketua Daerah Semporna Dun Senallang,OKK Haji Musa Sabaani;Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat(ADDO),Haji Abdullah Sukka,Pegawai Kemajuan Masyarakat Dun Senallang,Roslan Jalaludin serta kakitangan UPKR Dun Senallang.
Allahyarham Haji Awang Damit merupakan Ketua Cawangan UMNO dan mantan Ketua Kampung Bangau-Bangau banyak berjasa membantu parti UMNO sejak ianya ditubuhkan di daerah itu selain berjasa kepada masyarakat Islam di kampung itu.
Dato Sri Nasir yang juga Adun Kawasan Senallang dan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Semporna,menyifatkan allahyarham seorang pejuang yang setia kepada parti dan banyak mengorbankan masanya demi kemajuan masyarakat di daerah itu khususnya di cawangan dan kampungnya.
Selaku pemimpin di daerah itu,Dato Sri Nasir serta keluarganya mengucapkan Salam Takziah kepada keluarga allahyarham Haji Awang Damit dan berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan rohnya bersama-sama roh-roh yang di redhai dan dikasihi Allah SWT.Oleh:Arshad Hussin
Ahad, 29 April 2012
QUILMES 2000 Juara Pertandingan Futsal Pemuda UMNO Senallang
JUARA FUTSAL... Pengurus Pasukan Quilmes 2000,Ahmad Syuaib (dua kanan) diiringi Abd.Rahman Amat(dua kiri) menerima hadiah Johan Futsal Piala DSNTS disampaikan Dato Sri Nasir Tun Sakaran (kanan) sempena Kejohanan Futsal Lelaki Daerah Semporna 2012
(Gambar Bawah): KENANGAN FUTSAL...Dato Sri Nasir (berdiri tengah) diringi ADDO Abdullah Sukka,Pemimpin UPKR Haji Tahir Amir dan OKK Musa Sabaani mengabadikan gambar kenangan dengan pasukan pemenang futsal yang terdiri daripada pasukan Quilmes 2000;Quilmes B;Quilmes A dan pasukan Omadal FC sempena perlawanan akhir Kejohanan Futsal Lelaki Daerah Semporna 2012 di gelanggang Futsal Semporna.
SEMPORNA: Pasukan Futsal Quilmes 2000 telah menyapu bersih hadiah pertatandingan Futsal dengan menjuarai pertandingan futsal Piala Dato Sri Nasir Tun Sakaran. Tempat kedua Pasukan RRB Quilmes B dan tempat ketiga disandang oleh pasukan RRB Quilmes A manakala di tempat keempat pasukan futsal Omadal FC.
Quilmes 2000 dibawah pimpinan Pengurus Pasukan,Ahmad Syuib menerima hadiah rebutan sebuah piala sumbangan Menteri DiJabatan Ketua Menteri merangkap Adun Kawasan Senallang,medal dan RM2,500; Pasukan RRB Quilmes B menerima RM1,500 bersama sebuah piala dan medal sementara RRB Quilems A menerima RM750. medal serta piala dan tempat keempat Pasukan Futsal Omadal menerima RM300.,piala dan medal.
Pertandingan selama dua hari anjuran Pemuda UMNO Kampung Senallang itu disertai 40 pasukan dari Kota Kinabalu;Kinabatangan dan Semporna.
Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Dato Sri Nasir Tun Sakaran memuji usaha pihak penganjur kerana telah berjaya menarik ramai golongan belia menyertai pertandingan itu dan berharap melaui medium sukan futsal mampu menjana sebuah generasi yang sihat dan memiliki minda berdaya saing.
Katanya,sukan futsal yang terus mendapat tempat di kalangan rakyat di negara boleh dijadikan medium menjaga kesihatan disamping membina jatidiri golongan belia serta memajukan sukan untuk Negara.
“Tarikan sukan futsal ketika ini amat ketara sekali berbanding sukan lain seperti badminton dan bola sepak. Walaupun sejarah futsal di negara ini masih baru, perkembangannya sejak beberapa tahun ini sangat mendadak.,” kata Nasir.
Sehubungan itu beliau menyeru belia-belia bijak mempergunakan masa terluang mereka dan tidak terjebak dengan aktiviti negatif yang boleh merugikan diri sendiri.
Hadirsama sempena majlis itu Pemimpin Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat Kawasan Senallang,Haji Tahir Amir,ADDO Haji Abdullah Sukka;Ketua Daerah Semporna Dun Senallang,OKK Haji Musa Sabaani,Pegawai Kemajuan Masyarakat Dun Senallang,Roslan Jalaludin dan AJK Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Semporna,Abd Malik Tahir dan kakitangan UPKR Dun Senallang .Oleh:ARSHAD HUSSIN
Langgan:
Catatan (Atom)

















































