Rabu, 18 Januari 2012

Perpaduan kaum teras kemakmuran hidup- Dato Sri Nasir Sakaran:

MESRA KAUM...Dato Sri Nasir Sakaran (tengah) mengabadikan gambar kenangan bersama pemimpin-pemimpin masyarakat Cina Semporna yang terdiri daripada Pengerusi SCCC,Datuk Seri Panglima Gan sau Wah (lima kanan);Pengerusi Fook Siew Semporna, Kapitan Datuk Chao Yan San(lima kiri);Kapitan Ong Hang Seng(empat kiri);Kapitan Joseph Lo (kiri) dan ahli kedua-dua persatuan sebelum memulakan program menziarahi dan menyampaikan kad Tahun Baru Cina kepada peniaga-peniaga di pekan Semporna.
KAD TAHUN BARU...Dato Sri Nasir Sakaran(kiri) diringi Steven Gan(dua kiri) dan ahli-ahli SCCC Semporna menyampaikan Kad Tahun Baru kepada salah seorang peniaga sempena majlis itu di pekan Semporna. SEIRING JALAN...Dato Sri Nasir Sakaran(tiga kanan) bersama Datuk Seri Panglima Gan Sau Wah(tiga kiri);Kapitan Ong Hang Seng(dua kanan) dan Steven Gan(kanan) serta sebahagian pemimpin tempatan mengelilingi kedai dan mengunjugi peniaga-peniaga pekan Semporna.
SEMPORNA: Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Dato Sri Nasir Tun (Dr.) Haji Sakaran melahirkan rasa gembira dengan perpaduan dan keharmonian masyarakat Cina di daerah itu yang sentiasa bersatupadu mengamalkan konsep 1Malaysia yang menjadi teras utama kepada kehidupan rakyat yang aman,makmur dan selamat. Katanya, semangat perpaduan sesama kaum yang erat dalam sesebuah masyarakat menggambarkan kehidupan rakyat yang harmoni serta mampu menjana hasrat kerajaan dalam pelbagai bidang pembangunan ummah,infrastruktur mahupun melonjakkan taraf hidup dan sosio-ekonomi yang mantap. Nasir berkata,tanpa perpaduan kaum mustahil rakyat boleh menikmati kehidupan yang aman damai malah rakyat akan sentiasa hidup dalam ketakutan seandainya Negara berada dalam keadaan huru-hara. Katanya,dengan kehadiran Tahun Naga Air dalam Sambutan Tahun Baru Cina 2012 ini menurut kepercayaan masyarakat Cina akan banyak membawa makna yakni tahun yang penuh semangat mencapai kemakmuran,memperbaiki kehidupan yang bermula dari diri sendiri,keluarga dan komponen masyarakat yang berguna bagi bangsa dan Negara. Dato Sri Nasir yang juda Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Senallang,berkata demikian sempena mengunjungi masyarakat Cina dengan diringi kedua-dua persatuan Cina tersohor di pekan itu yang terdiri daripada Persatuan Peniaga-Peniaga Cina Semporna (SCCC) diketuai Pengerusi SCCC,Datuk Seri Panglima Gan Sau Wah dan ahli-ahli Persatuan Fook Siew diketuai Datuk Chao Yan San; Kapitan Kawasan Bandar Semporna,Kapitan Ong Hang Seng; Kapitan Cina Kawasan Bugaya,Kapitan Joseph Lo,ahli-ahli parti komponen MCA,Gerakan dan AJK Pemuda dan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Semporna. Sehubungan itu Nasir berharap masyarakat Cina negeri ini khususnya masyarakat Cina Semporna terus menghayati konsep 1Malaysia dalam konteks kebudayaan dan kehidupan harmoni kaum berteraskan budaya bangsa yang mengutamakan perpaduan sebagai pemangkin ke arah kehidupan rakyat lebih aman dan makmur di negara ini. Katanya, tanpa perpaduan kaum sudah pasti rakyat negara ini tidak dapat menikmati kemakmuran hidup serta pembangunan seperti yang dikecapi hari ini. Nasir berkata, rakyat majmuk negara ini cukup bertuah walaupun berlainan suku bangsa, anutan agama dan perbezaan ideologi politik namun hidup rukun damai serta saling hormat-menghormati budaya hidup masing-masing. Ujarnya,ini menunjukkan rakyat negara ini semakin matang dan mementingkan semangat toleransi kaum demi sebuah kehidupan aman, makmur dan selamat berteraskan semangat muhibbah dan gagasan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri,Dato Seri Najib Tun razak. Nasir yang juga Timbalan Ketua Bahagian UMNO Semporna,meminta semua rakyat menjaga serta mempertahankan hubungan muhibbah itu demi kestabilan politik serta kemajuan pembangunan yang semakin pesat khususnya dalam bidang pembangunan infrastruktur dan sosio ekonomi.Oleh:ARSHAD HUSSIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan