Jumaat, 3 Februari 2012
Bantuan Rakyat 1Msia Kasih Sayang Kerajaan Kepada Rakyat-Dato Sri Nasir
Oleh:Arshad Hussin (pakchad2010@yahoo.com)
KERAJAAN KITA PRIHATIN...Dato Sri Nasir (duduk) beramah mesra dengan sebahagian penerima dan menjelaskan matlamat kerajaan mengenai BR1M kepada rakyat yang layak menerima bantuan itu di Semporna.
MESRA RAKYAT...Dato Sri Nasir (dua kiri) diringi Hasbullah Datuk Raudah (dua kanan);OKK Musa (tiga kanan) dan Musa Lakani (kanan) melayan mesra salah seorang penerima OKU (duduk) sempena majlis penyampaian pembayaran baucer BR1M di Semporna.
APA KHABAR...Dato Sri Nasir (berdiri kiri) bersalaman dan menemui sebahagian penerima BR1M semasa mejlis Penyampaian Pembayaran Baucar BR1M bagi Parlimen Semporna.
WARGA EMAS...Dato Sri Nasir (duduk kanan) diringi A.M. Ibnu (berdiri kanan) melayan mesra salah seorang warga emas yang turut menerima BR1M di Semporna.
WARGA EMAS UZUR...Dato Sri Nasir (kiri) menyapa mesra salah seorang warga emas uzur yang turut menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia di Semporna
REPLIKA CEK BR1M...Dato Sri Nasir (tengah) diringi A.M.Ibnu (dua kiri);Tahir Amir (dua kanan) dan Hasbullah Datuk Raudah (kiri) menyampaikan replika cek BR1M kepada salah seorang penerima bangtuan itu di Semporna.
PANTAU PEMBAYARAN BAUCER...Dato Sri Nasir(tengah) diringi A.M.Ibnu (berdiri dua kiri);OKK Musa tiga kanan) dan Roslan Jalaludin ( berdiri kiri) turut memantau kaunter pembayaran yang dikendalikan MAYBANK Daerah Semporna.
MENUNGGU GILIRAN...Sebahagian penerima bantuan menunggu giliran untuk menunaikan baucer BR1M ke bilik kaunter pembayaran May Bank yang turut disediakan dalam Dewan Masyasrakat Semporna.
MAGSAVAL KAM...Dato Sri Nasir (berdiri empat kanan) diringi OKK Musa (berdiri kanan) dan anggota keselamatan (dua kanan) beramah mesra dan menjelaskan tujuKASIH SAYANG RAKYAT..Dato Sri Nasir (dua kiri) diringi A.M.Ibnu (kiri) dan Tahir Amir (tiga kiri) menyampaikan replika cek BR1M kepada salah seorang warga tua sempena majlis itu di Semporna.
KASIH SAYANG KERAJAAN....Dato Sri Nasir menyampaikan amanat sempena majlis penyampaian pembayaran baucer BR1M di Semporna.
SEMPORNA: Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Dato Sri Nasir Tun Sakaran menyeru semua penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia bersabar dan memberikan kerjasama kepada semua petugas yang melaksana penyampaian Pembayaran Baucer Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di daerah masing-masing demi keselesaan dan kelancaran semua penerima.
Katanya, penerima tidak perlu berebut-rebut kerana semua penerima yang sudah menerima surat tawaran kelulusan penerimaan bantuan akan tetap dapat hak mereka selaku rakyat yang layak menerima bantuan itu.
Dato Sri Nasir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Senallang yang memantau majlis penyampaian pembayaran baucer BR1M itu bagi Parlimen Semporna sejak ianya dilancarkan turut memantau dan beramah mesra dengan semua penerima serta menjelaskan tujuan dan matlamat bantuan itu diberikan kerajaan.
Hadirsama sempena majlis Penyampaian Pembayaran Baucer BR1M bagi Dun Senallang,Bugaya dan Sulabayan Pegawai Daerah Semporna,A.M.Ibnu A.K.Baba; Pemimpin Kemajuan Rakyat Kawasan Senallang,Haji Tahir Amir; Pemimpin Unik Kemajuan Rakyat Dun Bugaya,Hasbullah Datuk Raudah; Pemimpin Unit Kemajuan Rakyat DUN Sulabayan, Mohd Fadzil Haji Sapal dan ADDO Abdullah Suka dan Pegawai Kemajuan Masyarakat Kawasan Senallang,Roslan Jalaludin
Nasir berkata,BR1M merupakan sebahagian daripada tanda kasih sayang kerajaan kepada rakyatnya yang layak menerima bantuan dan bukannya seperti apa yang sering diputarbelitkan oleh pihak tertentu yang sengaja memanipulasi niat baik kerajaan yang ingin membantu rakyat khusus golongan rakyat miskin dan kurang upaya.
Katanya, rakyat Malaysia memang bertuah selain menikmati kehidupan yang aman,makmur dan selamat malah hidup rukun damai bersama pelbagai ethnik serta saling berperasaan muhibbah dalam perpaduan yang terjalin erat.
Sehubungan itu,Dato Sri Nasir yang juga Timbalan Ketua bahagian UMNO Semporna,menasihati rakyat kawasan itu sentiasa berterima kasih kepada kerajaan yang cukup prihatin membela rakyat serta tidak pernah meminggirkan semua kaum menikmati pelbagai pembanguan serta bantuan sewajarnya.
Katanya, Perdana Menteri,Dato Seri Najib Tun Abdul Razak sentiasa berusaha memacu pembangunan Negara dan kerajaan untuk membantu rakyat marhaen termasuk pelajar;kaum nelayan;petani dan penternak kerana memikirkan ini adalah tanggungjawab kerajaan yang benar-benar prihatin kepada rakyatnya.
Nasir menjelaskan,setakat ini penerima BR1M bagi Parlimen Semporna lebih 12 ribu penerima dan akan terus memantau pembayaran baucer bantuan itu sehingga semua penerima mendapat bayaran.
Dalam pada itu,beliau juga mengingatkan rakyat tidak terpengaruh dengan hasutan pihak pembangkang kerana BR1M bukanlah gula-gula pilihanraya atau misi pancing undi sebaliknya bantuan itu adalah tanda kasih saying kerajaan Barisan Nasional kepada rakyatnya tanpa memikirkan sukukaum,anutan agama dan fahaman politik.
“ Bantuan ini untuk semua rakyat yang layak tanpa mengira sukukaum,fahaman agama dan ideology politik dan kita percaya ahli-ahli parti pembangkangpun layak dan turut menikmati bantuan ini,” kata Nasir.
Nasir menambah,pembangkang hanya tau bercakap dan sesuka hati memutarbelit isu dan fakta sedangkan mereka tidak berbuat apa-apapun untuk kebaikan rakyat sebaliknya cuba pula memesongkan pemikiran rakyat dengan isu remeh temeh.
| Reaksi: |
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)










0 ulasan:
Catat Ulasan