Foto: Arshad Hussin-pakchad2010@yahoo.com
href="http://4.bp.blogspot.com/-0wh04j_ycEM/T0uoQybnUfI/AAAAAAAABrw/51aceZ_Iz5Y/s1600/WATIKAH%2BPENGERUSI%2BKAFA.jpg">

WATIKAH PENGERUSI KAFA...Dato Sri Nasir (dua kiri) disaksikan Datuk Othman Mustapha (kiri) dan Datuk Khazali Ahmad (tengah) menyampaikan watikah perlantikan Pengerusi KAFA kepada Pengarah JAKIM Sabah,Haji Ahmad Zaki Arsad (kanan) sempena majlis itu di Kota Kinabalu.

TETAMU UNDANGAN...Prof. Datuk Dr. Kassim Haji Mohd.Mansur(dua kanan); Haji Ahmad Zaki Arsad (kanan) bersama sebahagian tetamu dan peserta konvensyen sempena majlis itu di Kota Kinabalu.

PESERTA KONVENSYEN....Sebahagian peserta wanita turut memberi sokongan padu menghadiri Konvensyen Pendidikan Islam Peringkat Pengajian Rendah Negeri Sabah 2012 di Wisma MUIS

CENDERAKENANGAN JAKIM...Datuk Sri Nasir (tiga kanan) disaksikan Datuk Amri Suratman (kiri);Datuk Khazali Ahmad (dua kanan) menerima cenderakenangan disampaikan Datuk Othman Mustapha (dua kiri) sempena majlis perasmian Konvensyen Pendidikan Rendah Negeri Sabah 2012 di Kota Kinabalu.

APA KHABAR...Dato Sri Nasir (tengah) diringi Setiausaha Persekutuan Sabah,Datuk Khazali Ahmad (kanan) bersalaman dengan Prof. Datuk Dr.kassim Hj Mohd.Mansur (kiri) sempena majlis Konvensyen itu di Kota Kinabalu.
KOTA KINABALU: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Cawangan sabah telah merancang untuk memperkasa Kelas Al-Qur’an dan Fardhu Ain (KAFA) di negeri ini menjelang tahun 2015.
Ketua Pengarah Jakim,Datuk Othman Mustapha berkata,ia akan diperkasakan dengan mempertingkatkan jumlah guru kepada 2,500 orang berbanding 2,200 orang bagi quota guru pada masa kini.
“ Jumlah Penyelia KAFA juga akan dipertingkatkan selaras dengan keperluan jumlah guru yang bertambah,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Pendidikan Islam Peringkat Pengajian Rendah Negeri Sabah,di sini,kelmarin.
Othman berkata,Jakim juga telah memulakan usaha mengwujudkan modul latihan guru-guru KAFA bagi memperbanyakkan kursus-kursus jangka masa pendek dan panjang.
Ini katanya,bagi meningkatkan keupayaan dan kemahiran guru-guru dalam melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran.
“ Pada tahun ini,pelaksanaan kursus bagi meningkatkan kemahiran dan kopentatis guru-guru KAFA akan dilaksanakan mengikut Zon,” katanya.
Beliau berkata,pelaksanaan KAFA juga tidak lagi boleh diurus secara tradisional,sebaliknya pengurusan dan pelaksanaannya perlu berdasarkan garis panduan yang telah dikuatkuasakan.
Sehubungan itu,katanya, fungsi Jawatankuasa KAFA diperingkat Negeri mahupun Daerah perlu dilaksanakan supaya semua kelas KAFA yang telah berdaftar dapat diurus dengan sempurna.
Beliau juga berkata,Jakim sedang dalam pertimbangan untuk menubuhkan Jawatankuasa Penyelarasan KAFA peringkat Kebangsaan bagi membincang dan meningkat dan menyelaras pelaksanaan KAFA di seluruh Negara.
“ Mudah-mudahan dengan adanya jawatankuasa di peringkat Kebangsaan,nasib warga KAFA mendapat perhatian dan kebajikan mereka sentiasa dipelihara,katanya.
0 ulasan:
Catat Ulasan