Rabu, 22 Februari 2012
Tingkat taraf ekonomi,beri pendidikan kepada anak-anak-Dato Sri Nasir Tun Sakaran
Laporan & Foto: R.Syad Hussin( pakchad2010@yahoo.com)
ZIARAH PEMIMPIN....Dato Sri Nasir (berdiri kiri) semasa berucap dan menyampaikan info terkini mengenai pembangunan kerajaan untuk membela rakyat marhaen sempena majlis Ziarah Pemimpin di surau Ladang Segaria,Semporna.
SALAM PEMIMPIN...Dato Sri Nasir (dua kiri) diringi Ustaz Istihal Daniel (kiri) bersalaman dengan sebahagian jamaah selepas solat Isyak bersama masyarakat Islam Ladang Segaria,Semporna.
RAJIN BELAJAR...Dato Sri Nasir (dua kanan) bersalaman dengan sebahagian kanak-kanak yang turut berjamaah sempena majlis Ziarah Pemimpin di surau Ladang Segaria,Semporna.
SEMPORNA:Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Dato Sri Nasir Sakaran,menasihatkan rakyat terus berusaha meningkatkan tahap ekonomi keluarga disamping memberikan didikan serta pelajaran kepada anak-anak mereka.
Katanya,dengan keadan negara yang aman,makmur dan selamat rakyat negeri ini tidak perlu risau dan perlu terus menumpukan usaha mereka mencari nafkah demi kesejahteraan keluarga.
Nasir menjelaskan,kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa komited mempastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara dan dalam hubungan itu pelbagai usaha meningkat taraf hidup rakyat secara langsung mahupun tidak langsung telah digagahi pelaksanaannya.
Katanya,kerajaan bersikap telus tanpa membezakan bangsa,agama hata kawasan penyokong atau sebaliknya kerana kerajaan tetap adil menggerakkan agenda pembangunan negeri dan nasional.
Namun demikian ujar Nasir,kerajaan dan pemimpinnya tidak dapat lari dari menerima pelbagai tomahan buruk dan tuduhan liar pihak pembangkang dan anti kerajaan.
Nasir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Senallang,berkata demikian sempena majlis Ziarah Pemimpin di Ladang Segaria dekat sini.
Hadirsama sempena majlis itu Pemimpin Kemajuan Rakyat Kawasan DUN Senallang,Haji Tahir Amir; Penolong Pengurus Ladang Segaria,Muhammad Salleh; Ketua Daerah Semporna, OKK Haji Musa Sabahani; Imam Daerah,Haji Isthial Danial; Pegawai Kanan JHEAINS,Ustaz Loseman Linjal Al-Hafidz; Pegawai Kemajuan Rakyat DUN Senallang,Roslan Jalaludindan Pegawai Perhubungan DUN Senallang,Haji Zainal Jalaludin.
Sempena majlis itu Nasir menunaikan solat jamaah magrib dan isyak serta beramah mesra dengan penduduk dan masyarakat Islam Segaria.
Nasir berkata, manipulasi mengenai fakta dan peristiwa oleh golongan tertentu telah sekian lama menguji kesabaran kerajaan dimana disebalik semua itu kerajaan BN juga telah membuktikan integriti dan akauntabilitinya sebagai sebuah kerajaan yang tidak mudah melatah mahupun senang untuk digoyahkan dengan melaksana semua menifestasi yang memberi manfaat kepada rakyat keseluruhannya.
Sehubungan itu,beliau mengajak segenap lapisan rakyat bersama-sama memasyarakatkan Gagasan 1Malaysia kepada ahli keluarga,sahabat handai dan taulan serta jiran dan masyarakat.
Katanya,konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri,Datuk Seri Panglima Mohd Najib Tun Abd Razak bukanlah satu slogan politik tetapi ianya merupakan satu pernyataan suci akan bentuk kepimpinan Presiden selaku Perdana Menteri kepada segenap seluruh rakyat Negara.
| Reaksi: |
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)




0 ulasan:
Catat Ulasan